KARANGAN - HARI SUKAN TAHUNAN
Soalan:
Baru-baru ini, sekolah kamu telah mengadakan Hari
Sukan Tahunan.
Ceritakan suasana mengenai
aktiviti tersebut.
Pada 9 September 2019, Sekolah
Jenis Kebangsaan Seri Jaya telah mengadakan
hari sukan tahunan. Hari sukan itu diadakan
di kawasan padang sekolah. Aktiviti hari sukan telah bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari.
Hari
sukan telah dirasmikan oleh Yang
Dipertua PIBG, En. Lee Chong Wei. Objektif hari sukan ini diadakan untuk mencungkil bakat murid dalam bidang
sukan. Selain itu, program ini bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dalam kalangan murid sekolah.
Beberapa
hari sebelum hari sukan tersebut diadakan, guru-guru, AJK PIBG serta
murid-murid begitu sibuk membuat
persiapan. Mereka memasang panji-panji yang berwarna-warni sekolah di sekeliling padang
sekolah. Mereka berganding bahu
melaksanakan tugas demi memastikan kejayaan hari sukan tersebut.
Suasana
pada hari sukan amat meriah.
Terdapat pelbagai acara yang menarik
telah diadakan semasa hari sukan. Selain daripada acara larian, diadakan juga
acara lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan aktiviti sukaneka. Para
peserta menunjukkan semangat yang
tinggi dalam menjalankan pertandingan. Ibu bapa turut hadir untuk menyokong
serta menjayakan segala aktiviti pada hari sukan.
Acara
hari sukan ini berakhir pada pukul
12.00 tengah. Majlis penyampaian hadiah
telah dijalankan. Guru besar telah menyampaikan
pingat kepada para pemenang pertandingan. Sebelum bersurai, semua murid dan guru mengemaskan barang-barang yang digunakan. Para hadirin pula
bekerjasama bagai aur dengan tebing membersihkan kawasan sekolah sehingga
bersih. Ini secara tidak langsung telah mengeratkan
hubungan mesra antara warga sekolah.
Program
hari sukan ini berjalan dengan lancar
dan berjaya. Murid-murid seronok dengan
aktiviti-aktiviti yang diadakan walaupun keletihan. Semoga program yang berfaedah
ini dapat diteruskan pada masa yang
akan datang.
评论
发表评论