BM KARANGAN - SAMBUTAN HARI GURU
Soalan:
Baru-baru ini, sekolah kamu telah mengadakan sambutan
Hari Guru. Ceritakan suasana
mengenai aktiviti tersebut.
Pada 9 September 2019, Sekolah
Jenis Kebangsaan Seri Jaya telah mengadakan
sambutan Hari Guru. Sambutan Hari Guru ini berlangsung di dewan
sekolah. Majlis sambutan ini bermula
pada pukul 8.00 pagi.
Majlis Sambutan Hari Guru telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, En.
Lee Chong Wei. Objektif majlis
Sambutan Hari Guru ini diadakan untuk memberikan
penghargaan kepada perkhidmatan dan jasa guru. Selain itu, program ini
bertujuan untuk mengeratkan hubungan
antara guru dengan murid di sekolah.
Beberapa hari sebelum majlis tersebut diadakan, guru-guru, AJK PIBG serta murid-murid begitu sibuk membuat persiapan. Mereka memasang kain rentang dan latar belakang pentas yang berwarna-warni sekolah di dewan sekolah. Mereka berganding bahu melaksanakan tugas demi memastikan kejayaan majlis tersebut.
Suasana pada sambutan Hari Guru
amat meriah. Terdapat pelbagai persembahan yang menarik
dipersembahkan oleh murid-murid. Selain daripada tarian, diadakan juga
persembahan nyanyian, koir dan lakonan. Aktiviti diteruskan dengan permainan sukaneka antara guru-guru.
Ibu bapa turut hadir untuk menyokong serta menjayakan segala
aktiviti dalam sambutan Hari Guru.
Acara kemuncak ialah nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia” daripada barisan guru sekolah. Guru-guru memotong kek bersama-sama bagi meraikan
hari yang bermakna ini. Seterusnya, guru-guru menikmati jamuan yang disediakan oleh murid-murid di kelas
masing-masing.
Majlis sambutan Hari Guru sekolah
berakhir pada pukul 12.00 tengah
hari. Sebelum bersurai, murid-murid
telah memberikan hadiah dan bunga
kepada guru sebagai tanda penghargaan kepada jasa guru-guru di sekolah. Murid-murid
juga mengucapkan terima kasih kepada
guru-guru kerana sentiasa berdedikasi dalam mendidik mereka menjadi insan yang
berguna. Semoga program yang bermakna ini dapat diteruskan pada masa yang akan
datang.
评论
发表评论